Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC berlangsung April ini

Seramai 26 jurulatih tempatan dan luar negara telah menyertai Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 yang berlangsung pada hari ini hingga 17 April 2019 di Hotel Armada, Petaling Jaya.

Kursus ini terbuka kepada jurulatih yang mempunyai lesen “A” AFC. Antara jurulatih yang terlibat adalah Benjamin Mora (JDT), Dollah Salleh (Pahang), K. Devan (Petaling Jaya City), Mehmet Durakovic (Perak), Zainal Abidin Hassan (Melaka United), Nidzam Jamil (FELDA United), Irfan Bakti (Terengganu FC), Abu Bakar Fadzim (PKNP FC) dan juga Aidil Shahrin Sahak (Kedah).

Instruktor UEFA dari Denmark, Fleming Mark Serritslev mengendalikan kursus tersebut. Beliau merupakan pengarah teknikal bagi Persatuan Bolasepak Denmark.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin merasmikan kursus ini. Turut hadir ke majlis itu Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Teknikal dan Belia; Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo; dan Ketua Unit Pendidikan Jurulatih FAM, David Abela.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia