Connect with us
via @klfaofficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Kuala Lumpur bersedia hadapi permulaan sukar

Ujian getir menanti pasukan ibu kota dalam tiga perlawanan pertama Liga Super musim ini apabila pasukan Kuala Lumpur bakal beraksi menentang pasukan-pasukan juara musim lalu ; Pahang (Piala FA), Johor Darul Takzim (Liga Super) dan Perak (Piala Malaysia).

Mengulas mengenai perlawanan pertama menentang Pahang, jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah sedang mempersiapkan skuad menghadapi ancaman pemain-pemain Pahang terutama pemain yang digelar ‘orang besi’, Dickson Nwakaeme yang kembali menyertai Pahang.

Pemain pertahanan Kuala Lumpur perlu lebih berwaspada dengan Nwakaeme yang terkenal dengan kemampuan permainan fizikal.

Kehadiran Sumareh yang kini bermain dengan tiket pemain tempatan menambahkan lagi bisa barisan serangan Pahang.

Mengenai prestasi semasa skuad Kuala Lumpur, Yusri berpuas hati dengan gandingan pemain import, Guilherme de Paula dan Sylvano Comvalius yang dilihat semakin serasi.

Keserasian ini memberi sedikit kelegaan kepada Yusri dan pastinya memberikan suntikan semangat kepada skuad Kuala Lumpur ketika menghadapi tiga perlawanan sukar ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia