Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Kim Swee sasar permulaan baik

Pengendali pasukan bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee berharap anak-anak buahnya dapat melakarkan keputusan positif dalam aksi pembukaan Kumpulan J dalam kempen Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2020.

Skuad B-22 negara akan menentang Filipina di Stadium Shah Alam malam ini. Kim Swee berharap, skuad B-22 tidak mengikut jejak pasukan senior Harimau Malaya yang tewas kepada Singapura dalam Kejohanan Piala Airmarine di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kim Swee juga berharap penyokong dan peminat bola sepak negara dapat hadir menyaksikan perlawanan penting ini bagi menaikkan semangat pemain muda negara. Berdasarkan format kejohanan, hanya 10 pasukan juara dan lima pasukan kedua terbaik daripada 10 kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di Thailand pada Januari tahun depan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia