Connect with us

Bahasa Malaysia

KFA rujuk AIAC

Isu perpindahan Akhyar Rashid ke Johor Darul Takzim (JDT) yang sedang hangat diperkatakan akan cuba diselesaikan oleh pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dengan membawa isu ini ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Kedah berhasrat mengheret isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland.

Terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Kevin Ramalingam mengesahkan Akhyar dalam senarai menunggu bagi pendaftaran pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kerana masih menunggu Surat Pelepasan dari KFA.

Menurut beliau lagi, Akhyar boleh mendapatkan pelepasan sementara daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tiada halangan bagi beraksi untuk aksi pertama JDT menentang Perak dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah pada 2 Februari ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia