Connect with us

Bahasa Malaysia

Kembali ke Liga Super sasaran Negeri Sembilan

Selepas tersingkir ke Liga Perdana musim ini, pengurus pasukan Negeri Sembilan, Mohd Khairollah Abd Latif mensasarkan skuad Hobing Jang Hobin kembali ke Liga Super tahun depan.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, mereka perlu menamatkan kempen Liga Perdana musim ini di kedudukan kedua terbaik dengan diwakili rata-rata pemain muda yang diberi kepercayaan menggalas tugas sukar itu.

Terbaru, Negeri Sembilan baru sahaja mengumumkan jenama sukan dari United Kingdom, Rhino sebagai penaja jersi bagi saingan liga musim ini.

Negeri Sembilan kini dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Mohd Zan Mat Aris. Dibarisi pemain import seperti Shunsuke Nakate dari Jepun, serta dua pemain dari Brazil, Matheus Vila dan Almir Neto, Negeri Sembilan dijangka bakal memberikan saingan sengit bagi mencapai objektif ke Liga Super tahun hadapan.

Aksi pertama Liga Perdana akan bermula pada 2 Februari di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi menentang Sarawak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia