Connect with us
Via @kedahfa.my on Facebook

Bahasa Malaysia

Kedah juara Unity Shield 2019

Edisi sulung Unity Shield 2019 yang diperkenalkan hasil hubungan baik antara skuad Lang Merah dan The Bos Gaurus menyaksikan Kedah menewaskan Perak 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Dalam perlawanan yang dibanjiri 25,000 penonton itu, Kedah memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong setia Hijau Kuning dengan memperoleh kemenangan hasil jaringan pemain import, Fernando Rodriguez dan pemain gantian, Shahrul Azwari.

Perlawanan yang julung kali diadakan ini mempunyai objektif yang murni dengan 50 peratus hasil kutipan tiket perlawanan bakal disumbangkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) terpilih di Kedah.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, dan juga Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia