Connect with us
AFC Asian Cup 2019

Bahasa Malaysia

Jurulatih Jepun: Tingkatkan lagi kualiti permainan

Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu mahukan para pemain Jepun menunjukkan peningkatan permainan terutama dari aspek menyerang dan bertahan.

Pengendali gergasi bola sepak Asia itu masih belum berpuas hati dengan persembahan skuad Jepun meskipun berjaya meraih kemenangan dalam dua perlawanan pembukaan Piala Asia.

Bercakap mengenai persiapan sebelum kempen Piala Asia bermula, terdapat sedikit perbezaan antara keadaan fizikal pemain yang bermain di Liga J dan pemain yang bermain di Eropah. Kem latihan pusat telah diadakan bagi meningkatkan kondisi semua pemain.

“Dua perlawanan pertama menyaksikan para pemain menunjukkan peningkatan prestasi, tetapi masih banyak lagi perlu diperbaiki. Beberapa perubahan akan dilakukan menjelang perlawanan seterusnya menentang Uzbekistan. 

“Perlawanan dijangka agak sukar dan pemain perlu menyesuaikan diri dengan taktik pasukan lawan dan itu akan menjadi faktor penting dalam perlawanan tersebut,” kata beliau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia