Connect with us
via @FASelangorMy on Facebook

Bahasa Malaysia

Johan cadang gunakan pembatasan gaji

Setiausaha Agung Selangor FA, Johan Kamal Hamidon mahu pemain bola sepak liga tempatan bersikap adil dalam soal permintaan gaji.

Ketika mengulas mengenai perancangan Malaysian Football League (MFL) memperkenalkan kawalan kewangan kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia, beliau berpendapat, adalah lebih baik sekiranya langkah pembatasan gaji atau “salary cap” dilaksanakan.

“Saya kurang arif berkenaan cara kawalan kewangan yang dilakukan oleh La Liga, tetapi saya berpandangan adalah lebih baik siling gaji dan kawalan perbelanjaan diperkenalkan.”

“Pasukan perlu berbelanja secara berhemah, sesuai dengan kemampuan kewangan semasa pasukan. Jika perbelanjaan tidak dilakukan secara berhati-hati, ia akan memberikan kesan buruk kepada kewangan pasukan. Perkara ini telah terjadi kepada kelab-kelab di Eropah dan juga Asia,” ulas beliau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia