Connect with us
via @ukmfcofficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Ijezie tunggu status warganegara

Khabar angin yang mengatakan pemain import UKM FC berusia 30 tahun, Michael Ijezie bakal mengikut jejak Mohamadou Sumareh menyarung jersi Harimau Malaya semakin hampir menjadi kenyataan.

Penjaring terbanyak Piala Cabaran dengan 13 gol musim lalu sudah lama beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak tahun 2012 dan mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan yang berasal dari Sarawak.

Ijezie sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada FAM setelah menyerahkan segala dokumen yang diperlukan kepada Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sekiranya permohonan diluluskan, Ijezie akan menjadi pemain naturalisasi kedua skuad Harimau Malaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia