Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Haziq mahu benteng pertahanan lebih berdisiplin

Penjaga gol skuad Bawah-22 negara, Haziq Nadzli berharap Malaysia dapat meneruskan rentak kecemerlangan ketika menentang China.

Melihat ketajaman barisan serangan China yang sudah menjaringkan 13 gol dalam dua perlawanan, Haziq mahu rakan sepasukannya terutama di bahagian pertahanan lebih berwaspada terhadap ancaman barisan serangan China jika mahu impian Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Thailand tahun hadapan.

Pasukan China juga ternyata kebal setakat ini apabila belum melepaskan sebarang gol dalam dua perlawanan pertama Kumpulan J. Haziq sedar ianya mustahil untuk mengatasi jurang perbezaan jaringan pasukan China yang agak besar dan mahu rakan sepasukan fokus untuk mendapatkan tiga mata dalam perlawanan tersebut.

Harapan untuk pasukan negara B-22 layak ke Kejuaraan AFC dan Olimpik bergantung kepada 90 minit yang getir menentang pasukan China.

Sokongan rakyat Malaysia ditagih bagi menaikkan semangat Haziq dan rakan sepasukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia