Connect with us
via @FAMalaysiaOffical on Facebook

Bahasa Malaysia

Harimau Malaya buntu di laman sendiri

Barisan serangan Harimau Malaya seperti kehabisan strategi bagi menembusi pertahanan pasukan Singapura dalam perlawanan Piala Airmarine di Stadium Bukit Jalil.

Singapura ternyata pasukan yang lebih baik kerana banyak mendominasi perlawanan menerusi hantaran pendek yang sering mengancam pertahanan pasukan Malaysia. Singapura memperoleh gol kemenangan melalui Faris Ramli pada minit ke-82.

Kemenangan Singapura dilihat sebagai agak mengejutkan kerana pasukan mereka hanya memiliki tiga hari untuk melakukan persiapan berbanding pasukan Malaysia iaitu sebanyak lapan hari.

Singapura akan bertemu Oman dalam perlawanan akhir manakala Malaysia akan bertemu Afghanistan bagi perlawanan penentuan tempat ketiga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia