Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

Hamidin mahu pentadbir bola sepak Malaysia ambil pendekatan moden

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Amin mahu pentadbir-pentadbir bola sepak seluruh negara mengambil ikhtibar dan mempelajari kaedah baru dalam pengurusan bola sepak melalui penganjuran Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia (WFS) yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia.

Hamidin mahukan penggiat bola sepak negara mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan melalui sidang kemuncak ini. Acara yang menghimpunkan beberapa nama-nama besar dalam dunia bola sepak seharusnya memberikan manfaat kepada bola sepak negara.

Hamidin berterima kasih kepada penganjur acara ini kerana memilih Malaysia sebagai lokasi penganjuran acara besar bola sepak ini. Beliau berharap ini bukan kali terakhir acara ini diadakan di Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia