Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

FAM siasat pengadil

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menjalankan siasatan terhadap Mohd Zohri Tajuddin yang mengadili perlawanan antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan menghukum pengadil berkenaan tanpa menjalankan siasatan lebih terperinci terlebih dahulu.

FAM akan meneliti aduan rasmi daripada pasukan JDT sebelum melakukan perbincangan bagi menentukan tindakan seterusnya. Tindakan ini dilihat lebih adil kerana FAM dapat mendengar keterangan daripada pihak JDT dan Pahang.

Insiden kontroversi tersebut berlaku selepas Luciano Figueroa tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil perlawanan melayangkan kad merah selain mengeluarkan kata-kata tidak elok kepada pemain JDT.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia