Connect with us
via @malaysianfootballleague on Facebook

Bahasa Malaysia

FAM, MFL perkenal PMOM untuk tingkatkan mutu pengadilan tempatan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) merancang untuk memperkenalkan struktur baru, Professional Match Officials Malaysia (PMOM) bagi meningkatkan mutu pengadilan bola sepak tempatan selain menjadi platform pembangunan pengadil tempatan.

Organisasi ini wujud hasil daripada perbincangan antara FAM, MFL dan Professional Game Match Officials Limited (PGMOL).

Inisiatif ini akan diperhalusi berdasarkan sistem yang diamalkan oleh PGMOL di England dan disesuaikan dengan ekosistem liga tempatan. Di England, peluang untuk pembangunan pengadil bermula sejak umur 16 tahun. PGMOL juga memiliki sistem penilaian pengadil dengan menggunakan kriteria yang menarik dan sesuai untuk dicontohi.

Kewujudan PMOM bakal menentukan halatuju pengadil liga tempatan dan menaikkan kualiti dan prestasi semasa pengadil. PMOM dalam perancangan mencari calon yang berkaliber bagi menerajui organisasi tersebut. PMOM juga dalam proses mencari beberapa calon yang sesuai sebagai kumpulan pengadil pertama untuk ditawarkan kontrak profesional.

Click to comment

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia