Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

FAM dapatkan bantuan Jepun

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) bagi mendapatkan nasihat dan kepakaran bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.

MoU tersebut memberi peluang kepada FAM untuk menggunakan peluang ini bagi mempelajari kehebatan Jepun dalam bola sepak dengan menghantar wakil dari negara ini ke Jepun untuk melihat sendiri ekosistem bola sepak Jepun.

Majlis menandatangani MoU tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden JFA, Kohzo Tashima, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John, Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia