Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk mencalonkan jaringan pemain muda Harimau Malaya, Syahmi Safari pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 di Bangkok, Thailand bagi Anugerah Puskas.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, FAM akan menghantar surat rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mencadangkan gol Syahmi untuk dicalonkan dalam Anugerah Puskas.

Jaringan menarik tersebut terhasil melibatkan tujuh pemain yang bermula dari kotak penalti Harimau Malaya yang dikemudi oleh penjaga gol, Farizal Marlias dan berakhir dengan rembatan cantik oleh Syahmi.

Pada 2016, seluruh dunia telah dipukau oleh kehebatan jaringan yang dilakukan oleh bekas pemain Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri yang akhirnya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia