Connect with us
via @FAMalaysiaOfficial on Facebook

Bahasa Malaysia

FAM cadang tambah pemain naturalisasi

Selepas kejayaan Sumareh membantu Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2018, FAM mungkin mempertimbangkan untuk membawa lebih banyak pemain naturalisasi ke dalam skuad Harimau Malaya.

Cadangan tersebut dilihat mampu meningkatkan kualiti pasukan di peringkat antarabangsa. FAM mempunyai masa yang singkat untuk mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2023, seperti yang temaktub dalam Peta Hala Tuju F:30.

Cadangan pengambilan pemain naturalisasi akan dibentangkan dalam  Kongres FAM yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 30 Mac nanti. Antara pemain yang hampir memenuhi syarat tinggal atau bermain di Malaysia selama lima tahun ialah Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia