Connect with us
via @johorsoutherntigers.com.my on Facebook

Bahasa Malaysia

FAM bawa kes ke SPRM jika terima bukti kukuh

Susulan laporan mengenai perlawanan antara Johor Darul Takzim II (JDT II) dan Perlis mempunyai unsur mengatur perlawanan, FAM mungkin akan membawa kes tersebut ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya menerima bukti yang kukuh demi memastikan integriti bola sepak negara terpelihara.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada JDT II dengan jaringan 2-1 menentang Perlis. Gol Harimau Selatan pada minit ke-90 sedikit menimbulkan keraguan kerana gol tersebut berpunca daripada kesilapan yang amat mudah oleh pemain pertahanan Perlis sekaligus menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukan JDT II.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, kes tersebut perlu mempunyai bukti yang kukuh bagi memastikan sama ada ia hanyalah kesilapan teknikal semasa perlawanan atau skandal mengatur perlawanan memang benar-benar berlaku.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia