Connect with us
via @MelakaUnitedSA on Facebook

Bahasa Malaysia

Faktor disiplin juga penting

Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar tidak terburu-buru dalam memilih pemain naturalisasi bagi memastikan pemilihan yang tepat  berdasarkan kriteria-kriteria dapat dilakukan.

Selain faktor prestasi atas padang, faktor disiplin juga antara perkara yang perlu dititikberatkan kerana disiplin amat penting bagi memastikan keharmonian pasukan kebangsaan terjaga.

Setakat ini, FAM sudah menyenaraikan tiga calon tonggak naturalisasi yang terdiri daripada pemain Melaka United, Liridon Krasniqi, penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dan penyerang UKM FC Michael Ijezie.

Daripada beberapa calon tersebut, Wan Jamak memberikan perhatian kepada pemain import Melaka, Liridon Krasniqi. Menurut beliau, berdasarkan rekod musim-musim lepas, Liridon dilihat menghadirkan masalah ketika bersama pasukan Kedah dan turut mengulangi perkara sama ketika bersama Melaka United. Ini menimbulkan sedikit kerisauan sekiranya Liridon dipilih mewakili pasukan Harimau Malaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia