Connect with us
via @FASelangorMy on Facebook

Bahasa Malaysia

Faiz Nasir mampu jadi pemain penting negara

Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan yakin pemain di bawah kendaliannya, Faiz Nasir mampu menjadi antara tonggak penting di bahagian serangan negara.

Sathia percaya, pemain yang sedang meningkat naik itu perlu berusaha meningkatkan beberapa aspek permainan untuk beraksi cemerlang di peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Sathia, Faiz berada di kemuncak prestasi apabila beraksi cemerlang untuk pasukan Harimau Malaya dan juga untuk pasukan Selangor. Meskipun menunjukkan prestasi yang menyakinkan, Sathia mahukan Faiz terus belajar untuk melonjakkan prestasinya dalam karier bola sepak.

Faiz yang dikenali sebagai ‘Messi Ganu’ mula mencipta nama apabila membantu Terengganu mara ke final Piala Malaysia menentang Perak musim lalu. Perpindahan Faiz ke Selangor musim ini membuka ruang untuk pemain lincah itu untuk mengetuk pintu skuad kebangsaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia