Connect with us
via @OfficialPahangFA on Facebook

Bahasa Malaysia

Dollah lega catat kemenangan tanpa pemain utama

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berbangga dengan aksi anak-anak buahnya yang mencatatkan kemenangan ke atas PKNP FC meskipun turun tanpa tonggak utama.

Skuad Tok Gajah bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung tanpa khidmat pemain pertahanan utama, Muslim Ahmad dan Herald Goulon, manakala Saddil Ramdani hanya memulakan perlawanan di bangku simpanan. Bunyamin Omar dan Afif Amiruddin membalas kepercayaan Dollah apabila beraksi cemerlang mengawal benteng pertahanan Pahang daripada dibolosi.

Gol Pahang dijaringkan oleh Ze Eduardo di separuh masa pertama, manakala Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha di babak kedua menyaksikan Pahang pulang dengan tiga mata.

Pahang akan melayan kunjungan Kedah untuk perlawanan seterusnya dan berharap akan meneruskan rekod tanpa kalah dalam Liga Super musim ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia