Connect with us
AFC Asian Cup 2019

Bahasa Malaysia

Dari kem pelarian ke Piala Asia

Dilahirkan di kem pelarian di Kakuma, Kenya bukanlah permulaan yang baik bagi Awer Mabil yang kini menjadi sandaran utama skuad Australia di Piala Asia 2019.

Kesusahan hidup yang dialami di awal kelahirannya langsung tidak mematahkan semangat untuk berjaya sebagai pemain bola sepak professional.

Bermula daripada sebuah program kemanusian, segalanya berubah buat keluarga Mabil. Peluang menggapai impiannya untuk bergelar pemain bola sepak profesional terbuka luas apabila mereka telah berhijrah ke Australia Selatan. Bermula di akademi yang dikendalikan Football Federation South Australia, beliau berkelana ke beberapa negara bermula dengan kelab A-league, Adelaide United sebelum ke kelab Denmark, FC Midtjylland.

Sering berhadapan dengan isu perkauman di Australia, Mabil sekeluarga ternyata sudah lali dengan kecaman daripada masyarakat sekitar kawasan kediamannya. Tanpa menghiraukan ancaman penduduk sekitar, beliau tetap meneruskan cita-citanya dan kini berasa bangga dapat menyarung jersi Australia. Ketika menyarung jersi Australia, beliau membawa harapan seluruh rakyat Australia dan menginspirasikan kanak-kanak di seluruh dunia yang mempunyai nasib yang sama sepertinya ketika dahulu. Perkara ini dijadikan motivasi kepada dirinya dalam setiap perlawanan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia