Connect with us
via @FASelangorMY on Facebook

Bahasa Malaysia

Cheng Hoe uji ‘Messi Ganu’

Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bakal menguji keupayaan pemain yang disebut-sebut bakal menyarung jersi kebangsaan, Faiz Nasir.

Prestasi yang agak memberangsangkan Faiz Nasir ketika membantu pasukan Terengganu menjadi naib juara Piala Malaysia tahun lalu, ditambah prestasi semasa ketika beraksi untuk Selangor, membuka mata Cheng Hoe untuk memanggil pemain berkenaan ke kem latihan Harimau Malaya.

Faiz diberi gelaran ‘Messi Ganu’ kerana kelincahannya mirip pemain Barcelona, Lionel Messi. Cheng Hoe berharap, gelaran tersebut tidak memberi tekanan kepada Faiz Nasir dan dapat beraksi dengan baik bersama pasukan.

Sementara itu, Cheng Hoe berharap anak-anak buahnya dapat merangkul Piala Airmarine, sekaligus melonjakkan ranking Malaysia ke kelompak 34 terbaik di Asia bagi mengelakkan daripada bermain playoff kelayakan Piala Dunia 2022.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia