Connect with us

Bahasa Malaysia

Bola sepak Perlis temui sinar baru

Rakyat negeri Perlis akhirnya berpeluang menyaksikan bola sepak tempatan kembali pulih dengan penubuhan Perlis FC.

Berita itu disambut baik oleh 15 bekas pemain Perlis Northern Lion 2 (PNL2) yang sebelum ini terpaksa menyara hidup dengan menjadi nelayan dan mencuci kereta.

Perlis FC dimiliki oleh Harini Sdn Bhd akan diterajui oleh bekas jurulatih Piala Presiden Perlis, Manja Man yang akan bertindak sebagai ketua jurulatih.

Bekas Kapten PNL2, Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman berkata, dia dan rakan sepasukan bersyukur kerana diberi peluang untuk menyelamatkan karier bola sepak mereka. Dia berharap, masalah tunggakan gaji yang dialami oleh pasukan tidak berulang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia