Connect with us
via @TCityFC on Facebook

Bahasa Malaysia

Bola sepak negara diancam “penyamun”

Masalah tunggakan gaji yang melanda beberapa pasukan arena bola sepak tempatan kini bertambah buruk apabila dilaporkan wujud unsur gangsterisme yang membelenggu mangsa-mangsa yang terbabit dengan tunggakan gaji.

Nasib beberapa pemain yang tidak dibayar gaji bertambah buruk apabila niat mereka untuk membongkarkan mengenai tunggakan gaji terhalang kerana dipercayai menerima ancaman dari pihak tertentu jika bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Ada di antara pemain yang menerima cek tendang dan tidak mampu berbuat apa-apa apabila aduan mereka mengenai cek berkenaan tidak diendahkan malah diugut dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Difahamkan, individu terbabit dikaitkan dengan permasalahan yang berlaku kepada empat kelab, Marcerra United, Kuantan FA, Hanelang dan Terengganu City FC. Kegiatan kumpulan ini mengancam ekosistem bola sepak tempatan sekaligus mencemarkan nama negara.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia