Connect with us
via @kelantanfa.my on Facebook

Bahasa Malaysia

Bibi ambil langkah selamat

Penyokong bola sepak Kelantan sudah hilang sabar dengan kemelut yang melanda bola sepak Kelantan yang ditadbir oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Antara persatuan yang lantang bersuara adalah Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) yang mendesak Presiden Kafa, Bibi Ramjani meletak jawatan bagi memulihkan prestasi buruk skuad Kelantan.

Bibi bagaimanapun enggan memberikan respon mengenai desakan meletak jawatan tersebut dan hanya akan menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat.

PBJ telah mengadakan Kongres Luar Biasa (EGM) dan mengadakan undi tidak percaya kepada pentadbiran Kafa yang diterajui oleh Bibi.

The Red Warriors merupakan satu jenama yang gah suatu ketika dahulu apabila banyak menjuarai kejuaraan dalam kancah bola sepak negara apabila pernah menjulang kejuaraan treble pada tahun 2012 dengan mendominasi Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia