Connect with us
@arthurhmelo & @leomessi on Instagram

Bahasa Malaysia

Arthur teladani Messi

Pemain tengah kelahiran Brazil, Arthur Melo mengakui peluang berkongsi bilik persalinan dengan bintang Argentina, Lionel Messi antara penyumbang kepada pembangunan bola sepak dirinya.

Melalui temubual bersama Globoesporte, Arthur kelihatan amat mengagumi pemain utama Barcelona itu dan menganggap Messi merupakan pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.

“Apabila pemain terbaik dunia memberi komen positif mengenai permainan anda, anda akan dapat rasakan ia memberikan lebih keyakinan terhadap diri anda sendiri. Saya amat bersyukur dengan sikap beliau ketika bersama semua pemain di dalam bilik persalinan,” ujar Arthur.

Pemain Brazil itu turut memberi komen mengenai pemain-pemain tengah lagenda Barca, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta. Beliau mengakui banyak mengambil inspirasi daripada gaya permainan Xavi.

“Saya sentiasa cuba mencontohi Xavi. Segala apa yang beliau lakukan di atas padang, saya akan cuba lakukan perkara yang sama. Beliau sememangnya seorang pemain fenomena. Beliau merupakan pemain yang lebih bijak berbanding pemain lain.”

Arthur juga mengulas mengenai jersi Nombor 8 yang pernah disarung Iniesta sepanjang karier di Camp Nou.

“Ia sesuatu yang istimewa untuk menyarung jersi idola anda. Saya sangat gembira kerana dapat menyarung jersi tersebut dan berharap akan mampu memberikan persembahan terbaik ketika menyarung jersi pemain yang pernah memberikan kegembiraan kepada seluruh penyokong Barca.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia