Connect with us
via @FASelangorMy on Facebook

Bahasa Malaysia

Amri tetap profesional

Pemain legenda Selangor, Amri Yahyah menunjukkan sikap yang profesional apabila beliau mendahulukan keperluan pasukan meskipun jarang diturunkan untuk beraksi untuk Selangor di bawah kendalian B. Sathianathan musim ini.

Untuk rekod, pemain yang pernah menjaringkan gol emas yang membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia 2002 kini hanya bermain selama 93 minit dari 5 perlawanan pasukan Selangor dalam Liga Super musim ini.

Pemain berusia 38 tahun menjadi pemain yang disanjung dalam kalangan penyokong tegar Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Kuala Lumpur yang menyaksikan Selangor bangkit daripada ketinggalan 2-0 dengan menewaskan Kuala Lumpur 3-2.

Penyokong Selangor pasti inginkan legenda pasukan mereka kembali dalam kesebelasan utama bagi menginspirasikan kebangkitan Selangor selepas permulaan yang agak hambar dalam saingan Liga Super musim ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia