Connect with us
via @OfficialPahangFA on Facebook

Bahasa Malaysia

Aizat mahu rebut peluang

Pemain muda Pahang, Zuhair Aizat Mohd Nazri mahu membuktikan keupayaan sekiranya diberi peluang seterusnya oleh ketua jurulatih, Dollah Salleh.

Aizat atau lebih dikenali sebagai Ejat beraksi cemerlang ketika membantu skuad Tok Gajah menewaskan Felda United dalam saingan Liga Super. Selepas prestasi cemerlang yang ditunjukkan itu, Aizat berharap dapat diturunkan ketika menentang pasukan amatur, PIB FC di Stadium Darul Makmur untuk saingan Piala FA.

Aizat membalas kepercayaan Dollah Salleh apabila beraksi dengan baik bagi mengisi tugas yang ditinggalkan oleh pemain tengah utama Pahang, Nor Azam Azih dan Saddil Ramdani.

Ketika ditanya mengenai perlawanan menentang PIB FC, Aizat berkata, pasukan Pahang tidak boleh memandang rendah keupayaan kelab amatur dari Selangor itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia