Connect with us
via @kedahfa.my on Facebook

Bahasa Malaysia

Aidil tak mahu Lang Merah dibuai mimpi indah

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu pemain Kedah kekal fokus dalam saingan liga bagi memburu lebih banyak kejayaan sepanjang musim ini.

Kedah kini menduduki tangga teratas Liga Super di hadapan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT).

Aidil beranggapan, masih terlalu awal untuk skuad Lang Merah berasa selesa dengan kedudukan sekarang kerana perlawanan liga baru sahaja bermula.

Kedah perlu berwaspada kerana semua pasukan akan lebih fokus untuk memintas Kedah di persada liga.

Aidil telah mengubah corak permainan Kedah musim ini dengan memperkenalkan permainan menyerang dengan pantas di samping memberi tumpuan kepada benteng pertahanan.

Ini terbukti apabila mereka hanya dibolosi satu gol daripada empat perlawanan.

Kedah bakal berdepan misi mencabar untuk perlawanan seterusnya apabila dijadualkan bertemu PKNS FC, Pahang dan JDT.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia