Connect with us
via Kedah FA on Facebook

Bahasa Malaysia

Aidil mahu Kedah buat pecutan akhir

Menjelang sepak mula Liga Super yang akan membuka tirai Februari ini, pengendali Kedah, Aidil Shahrin percaya skuad Kedah semakin hampir bersedia sepenuhnya bagi menghadapi kempen musim ini.

Aidil berjaya membimbing anak-anak buahnya menewaskan bekas pasukannya, Home United 4-0 dalam perlawanan persahabatan pra-musim di Stadium Darul Aman.

“Saya mahukan Kedah mengekalkan rentak sepanjang 90 minit setanding pasukan seperti JDT dan Pahang. Kita sudah berada di paras 80-85 peratus bersedia dan saya mahukan pemain untuk menunjukkan peningkatan ke tahap maksimum.

Saya mahu pastikan kecergasan pemain di tahap terbaik kerana keperluan taktikal memberi tekanan kepada pihak lawan sepanjang 90 minit memerlukan kerja keras dari semua pemain. Taktikal permainan ini akan memberikan kepuasan kepada penyokong Kedah yang datang ke stadium,” kata beliau.

Aidil merupakan jurulatih terkini yang berasal dari Singapura selepas Fandi Ahmad dan V. Sundramoorthy.  

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia