Connect with us
via @kedahfa.my on Facebook

Bahasa Malaysia

Aidil anggap Kedah kurang bernasib baik

Pengendali Kedah, Aidil Sharin menganggap Kedah kurang bernasib baik apabila sekadar mencatat keputusan seri ketika menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman.

Meskipun menguasa keseluruhan perlawanan, jentera serangan Kedah ternyata buntu untuk menembusi kekebalan benteng pertahanan skuad kendalian K. Rajagopal.

Selepas keputusan seri itu, Aidil ternyata tidak terlalu kecewa dengan keputusan itu dan menganggap PKNS sebuah pasukan yang bekerja keras menahan asakan pemain Kedah sepanjang perlawanan. Aidil juga memuji benteng pertahanan Kedah yang hanya melepaskan satu gol sahaja setakat ini.

Bagi perlawanan liga seterusnya menentang Pahang, Kedah terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan tengah import mereka, Renan Alves yang menerima layangan kad merah ketika menentang PKNS. Renan antara watak penting pertahanan Kedah yang beraksi cemerlang pada permulaan Liga Super musim ini. Gandingan Renan dan pemain import dari Singapura, Shakir Hamzah menjadi kunci kekentalan barisan pertahanan Kedah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia